Wednesday, December 2, 2009

Kenapa Hujan

hari2 hujan..banjir laa..knape ekk??
hah..nie ade sket fact..kpd spe yg xtau npe..sila la bca..

Angin Monsun Barat Daya

-Mei hingga September
-Angin ini berasal dari benua Australia
-Pada masa ini, benua Australia mengalami musim sejuk dan tekanan udara tinggi, manakala benua Asia mengalami musim panas dan tekanan udara rendah.
-Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi(benua Australia) ke kawasan tekanan udara rendah(benua Asia).
-Oleh itu, angin bertiup dari benua Australia ke benua Asia melalui Lautan Hindi dan Malaysia.
-Arah angin bertukar dari tenggar ke barat daya apabila merentasi Garisan Khatulistiwa.
-Di Malaysia, angin ini dikenal sebagai Monsun Barat Daya kerana bertiup dari arah barat daya.

Angin Monsun Timur Laut

-November hingga Mac
-Angin ini berasal dari benua Asia.
Pada masa ini, benua Asia mengalami musim sejuk dan tekanna udara tinggi, manakala benua Australia mengalami musim panas dan tekanan udara rendah
-Udara bergerak dari kaawasna tekanan tinggi(benua Asia) ke kawasan tekanna rendah(benua Australia)
-Oleh itu, angin ini bertiup dari benua benua Asia ke benua Australia melalui Laut China Selatan dan Malaysia.
-Arah angin bertukar dari timur laut ke barat laut apabila merentasi Garisan Khatulistiwa.
-Di Malaysia, angin ini bertiup dari arah timur laut dan dikenal sebagai Monsun Timur Laut

sigh "I'm just waiting for people to start asking me to make the rain disappear"

No comments: