Kalau kau tunggu pasti ade sebab dia kan. Menunggu kerana berharap. Berharap kerana mahu. Mahu kerana nasfu. Nafsu kerana kita semua manusia biasa. Tiada siapa pun suka menunggu tapi kadang-kadang kau degil. Bila keinginan itu datang, tetiba jer kesabaran menebal, hati makin gigih. Biar lama mana pun, kau tetap akan tunggu sampai kau dapat. Saat menunggu itu sangat indah bagi kau. Andai dia pergi dan tak kembali. Biarlah saat itu berkubur bersama kau. Jangan biar kan perasaan kau itu lari hilang bersama dia dan tinggal kan kau luka.
Kenangan masa yang menghancurkan jiwa. Tapi kau masih di situ, enggan berganjak. Kau tak penat ker? Hati yang luka pun dah sembuh. Air mata yang mengalir pun dah berhenti. Kenangan lalu pun dah semakin kabur dari ingatan. Dan kau masih cuba membawa hari lepas kembali? Menunggu itu boleh jadi kesakitan bila ia menghancurkan harapan kau. Sudah lah sudah. Kau harus pergi. Yang berlalu itu sejarah. Yang mendatang itu lagi indah. Aku tidak ada apa lagi untuk di tunggu. Kini hari esok lagi seronok untuk aku tunggu. Kau tak nak begitu?
P/s : layan lagu Chrisye ft Peterpan - Menunggumu
No comments:
Post a Comment